Pages

Tuesday, July 30, 2013

KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN ISLAM

kelebihan islam
KEISTIMEWAAN & KEUNGGULAN ISLAM
Keistimewaan dan Keunggulan Islam dapat dilihat pada beberapa
aspek di bawah :
1. SYUMULIYYAH
Maksudnya ajaran Islam itu lengkap dan sempurna
meliputi kehidupan di dunia dan di akhirat. Kesyumulan
Islam dalam kehidupan terbahagi kepada dua bahagian
iaitu :
a) Ibadat Khusus (hubungan manusia dengan Tuhan ) seperti
solat,puasa dan zakat
b) Ibadat Umum ( hubungan sesama manusia ) seperti
ekonomi ,
politik dan pendidikan
Prinsip-prinsip Syumuliyyah ialah :
a)Kesempurnaan hanya milik Allah
b)Semua makhluk tunduk pada peraturan Allah swt
c)Manusia dilantik sebagai khalifah di dunia
2.WAQI'IYYAH
Maksudnya Islam itu realiti dan praktikal
Prinsip Waqi'iyyah ialah :
a)Praktikal bukan utopia
b)Menyelesaikan masalah
c)Menekankan kesederhanaan
d)positif terhadap pemikiran
Kesederhanaan dalam Islam boleh dilihat melalui aspek
berikut :
a)Akidah : memepercayai sesuatu berdasarkan dalil
b)Ibadat : Tidak ringan dan tidak membebankan
c)Kerohanian dan kebendaan : seimbang antara dunia dan akhirat
d) Undang-undang : tidak bercanggah dengan fitrah
e)Individu dan masyarakat : setiap individu mempunyai hak dan
tanggungjawab
3. 'ALAMIYYAH
Maksudnya Islam sesuai bagi semua manusia tanpa mengira
bangsa,tempat dan zaman
Prinsip-prinsip 'Alamiyyah ialah :
a) Manusia sebaik-baik kejadian
b)Keadilan Islam bersifat sejagat
c)Islam sentiasa menegak kebenaran dan mencegah
kemungkaran
d)Islam menjamin hak asasi manusia
Antara hak asasi yang dijamin oleh Islam ialah :
a)Kebebasan bersuara
b)Kebebasan beragama
c)Kebebasan memiliki harta
d)Melindungi nyawa
e)Memelihara kehormatan
f)Memelihara kehormatan
g)Memelihara harta benda
h)Mengutamakan keamanan
Bukti Islam bersifat 'Alamiyyah:
a)Bidang perundangan : perundangan Islam dapat diterima
semua manusia,Islam mementingkan perdamaian,keadilan Islam
bersifat menyeluruh,Islam sentiasa membela kebenaran dan
menentang kebatilan
b)Bidang sosial : tiada paksaan dalam Islam, setiap manusia
bebas
mengamalkan kepercayaan masing-masing,bebas mengeluarkan
pendapat,bebas memiliki harta yang halal
c)Bidang Ibadat :Fardhu ain dan fardhu kifayah adalah satu
kewajipan umat Islam,setiap ibadat dilakukan mengikut
kemampuan seseorang,setiap pekerjaan dikira ibadat apabila
cukup syarat,setiap amalan akan dibeli balasan
4.MURUNAH
Maksudnya ialah Islam bersifat luwes atau anjal iaitu ia
boleh berubah mengikut kesesuaian, namun masih tetap
atas prinsip asas (thabat )
Prinsip Murunah ialah :
a)Islam agama yang mudah
b)Ia boleh dilaksanakan mengikut kemampuan dan keadaan
Kelebihan sifat murunah :
a)Menunjukkan Islam bersifat toleransi
b)Menarik minat orang bukan Islam
c)Menggalakkan umat Islam mentaati perintah Allah
d)Memastikan kesinambungan ajaran Islam
Begitulah keterangan mengenai keistimewaan dan keunggulan
Islam, satu agama samawi yang diterima di sisi Allah.Berbeza
dengan agama budaya iaitu kepercayaan dan ajaran yang
dihasilkan melalui cita-cita dan pemikiran tanpa bimbingan
wahyu. Agama Islam mempunyai kitab suci iaitu al-
Quran,bersifat mutlak dan universal dan ajarannya kekal dan
lengkap manakala agama budaya bersifat setempat,sentiasa
berubah atau tidak kekal dan serba kekurangan.

0 comments:

Post a Comment

Silakan Komentar dengan Bijak dan Santun